RSS

I am an Alien.

Setelah lama berfikir-fikir, akhirnya saya memilih Implanon atas persetujuan encik suami.

image

Kesam lebam selepas 22jam implanon dipasang.

Proses menanam implanon dilakukan oleh Dr. Jumeah di Darul Ehsan Mecidal Centre (DEMC). Dr. Jumeah ni doktor yang sama saya jumpa untuk konsultasi semasa mengandung dan beliau juga yang menyambut kelahiran Wardah.

Dr. Jumeah beri beberapa pilihan cadangan kaedah perancangan keluarga, tapi saya nekad pilih implanon. I dont have to worry about missing out taking pills everyday and being subur on the next day, or berasa ngeri ngilu when thinking about IUD.

Implanon, akhirnya. Ahhh… peace of mind!

Sebelum menjalani operasi kecil menanam implanon ini, saya tidak langsung membaca pengalaman orang lain melalui blog-blog. Memang tidak terfikir langsung. Hanya setelah melaluinya (proses menanam) barulah tergerak hati nak membaca.

Bagaimana perasaannya?
Perasaan setelah melaui sendiri proses menanam implanon, dan perasaan membca pengalaman orang lain?

Oiii ngeri! Kalaulah…KALAU-lah saya membaca dahulu pengalaman mereka, tentu saya takkan melakukan implanon. Teruskan sahaja dengan perancangan secara alami.

Sungguhpun East Saliza my friend ada bercerita, tetapi pada ketika itu perasaannya hanya biasa-biasa sahaja.

Setelah melaluinya… Yaaawwwww…! Sakit euwwww!
Memang sakit. Hanya anak-anak yang menyaksikan prosesnya, dan katanya ‘jarumnya besaaaarrrr…takut!’

Memang saya tak memandang saat doktor menjalankan proses tersebut, tetapi saya melihat riak muka anak-anak. I am sure enough, jarumnya pasti memang besar! Hahahha thinking about how sharp it was….i’m shivering. Phewww…

Dalam tempoh seminggu saya perlu bertahan dengan rasa ngilu. Daging lengan mula melekat kepada batang implanon (i guess), jadi apabila bergesel atau tercuit sedikit pun akan berasa sakit seolah terkoyak. That last for about 1 week. Walaupun doktor ada beri pain killer 500mg each, saya tak ambil walau sebiji.

Sehingga tarikh harini, sudah 2 minggu implanon ditanam pada lengan atas tangan sebelah kiri. Kesan luka sudah sembuh, hanya tinggal kesan lebam sedikit. Rasa sakit juga sudah berkurangan dan saya sudah bebas membuat kerja dengan tangan kiri.

image

Kesannya selepas 2 minggu.

Yes! You can feel the existence of the match stick-sized implanon beneath my skin.

Implanon ini ditanam untuk tempoh 3 tahun. Selepas 3 tahun ianya perlu dikeluarkan dan boleh diteruskan dengan implanon yang baru jika mahu. Atau boleh juga dikeluarkan pada bila-bila masa dlm tempoh tersebut.

Kos keseluruhan berjumlah RM700.

Saya diberi kad ini:

image

Dibelakang kad ini dicatatkan nama pemegang, tarikh implanon ditanam dan tarikh sepatutnya dikeluarkan.

Pertengahan tahun 2016 nanti mulalah seram memikir cara bagaimana doktor akan jalankan operasi kecil untuk mengeluarkan pula implanon ini. Errggghhh….

So,
Thats my experience. Abducted by alien and got an alien implant. I am now a MamaAlien for the next 3 years time.
Congratulations!

 
Leave a comment

Posted by on July 16, 2013 in family, Uncategorized

 

Tags: ,

Hebatnya kasih-sayang Allah!

Subhanallah…subhanallah…nikmatnya bila berasa diri disayangi.Allahuakbar..allahuakbr! Walillahilhamd.

Ada 3 cerita yang ingin dicatatkan disini, hari ini.

(1)
Tengahari tadi terima bungkusan berupa senaskah buku bertajuk ’10 Bersaudara Bintang al-Quran’. Disebabkan tibanya pada waktu prime, saya hanya sempat memandang sebwlah mata. Sehinggalah hhampir tengah malam, usai menidurkan anak2 dan mahu istirehat.

image

MasyaAllah… buku ini sangat hebat. Sebuah tulisan tentang kisah benar ibu dan bapa beranak 10 yang mendidik anak-anaknya semua menjadi “penjaga” al-Quran. Tidakkah itu amat indah dan menjadi idaman kita semua? Subhanallah…

image

Siapa pengirim buku ini yang telah digerakkan hatinya oleh Allah untuk menjadi jambatan antra saya dan pencipta?

Setelah diselidiki, beliau adalah seorang teman yang dikenali saat sekolah menengah. Kami tidak berkawan dalam ertikata sebagai sahabat rapat. Sebaliknya hanya kenal ‘gitu-gitu’ sahaja kerana beliau masuk kesekolah tersebut saat saya mahu melangkah kesekolah lain. Seterusnya hanya kenal nama (kerana ukhuwwah kami bekas pelajar sekolah tersebut sangat rapat dan sering berutus khabar ketika itu. Dan nama sahabat ini sering disebut-sebut sahabat-sahabat lain).

Langsung saat di universiti diberitakan ramai sahabat yang turut sama ke UIA termasuk sahabat ini, tetapi masih juga tidak bersua muka kerana dunia kami yang berbeza. Saya didunia senibina sering dipandang asing oleh sahabat-sahabat didunia bidang pengajian Islam.

Hanya setelah habis pengajian dan taufan media sosial facebook melanda baru kami mula bertegur sapa atas urusan bisnes yang dijalankan beliau.

Sahabat ini seorang yang disegani. Sungguh saya sangat segan dengan ketinggian ilmunya. Namun inilah yang Allah berikan pada saya, seorang sahabat senyap, (bukan gelap) yang diam-diam mengagumi saya (?). Betapa tak layaknya saya untuk itu.

Subhanallah…
Nurin Mazaya Zulkifli.
image

(2)
Tentang pembukaan cawangan POSLAJU bagi zon Batang Berjuntai-Ijok yang diusahakan adik saya, Neng. Syukur alhamdulillah…kerana Allah telah membukakan pintu rezekinya lebih luas buat adik saya ini. Alhamdulillah… Semoga setiap usahanya dilimpahi rahmah dan rezeki yang halal. Semoga sentiasa didalam lindungan kasih sayangNYA seperti selalu…

image

Beliau telah melalui pengalaman ngeri hanya sehari sebelum jadual lawatan pihak poslaju ke premis kami.

Dan ini, berita hari ini… permohonan beliau untuk membuka cawangan Poslaju bagi zon BB-Ijok telah diluluskan. Syukur alhamdulillah.
image

(3)
Diantra kesibukan waktu mengurus anak-anak, seringkali saya mengeluh juga. Bila sedar khilaf saya, cepat-cepat saya istighfar. Hati kecik yang bercakap-cakap ni bahaya…nak kena dididik selalu.

Kadang-kadang lelah sampai rasa lemah semuanya. Fizikal sememangnya hanya digagahkan. Hatilahnyang paling kronik jika dilayan bisikannya yang entah apa-apa.

Hanya Allah yang mendengar bisikan hati, istighfar, dan doa saya. Sampaikan salam rindu pada si dia.

Dan ini yang saya terima hari ini…
image

MasyaAllah.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu akbar.
Penyuntik semangat saya.

Dalam catatan ini,
Hari ini sahaja saya telah merasakan besarnya kasih sayang Allah yang dibalasNYA buat saya. Insaf sebemtar, betapa sepanjang masa yg berlalu sebelum ini, saya kurang merenung tanda-tanda kasihNYA atas nikmat-nikmatNYA.

Kepada kalian yang mungkin membaca catatan ini, yang mungkin sentiasa menitip doa dan tanda ingatan buat diri ini, semoga kalian semua sentiasa dibawah lindungan Rahmat Ilahi. Semoga kebahagian berkasih sayang juga menjadi milik kalian semua. Kasih sayang yang akan merebak kepada seluruh umat manusia.

Ameen.

 
 

Tags: , , , ,

I have done

…with my shopping theraphy. Terapi-lah kononnya! Ini bukan satu cara bijak menenangkan hati. Satu kerja yang memyeramkan hati encik suami. Harap jangan buat lagi. Hahaha

image

Siap order Mood Magic EDP by NUTOX. I was stumbled upon it, actually. Wondering how good is this EDP by nutox as they are rated as and among best selling item. EDP for a price as low as rm40 is cheap isn’t it? Caimed as ‘made to improve mood’ and a few good reviews from bloggers out there; so I give my chance. Maybe I should write about it too once I’ve tried it out. Soon, maybe. :-)

 
Leave a comment

Posted by on March 11, 2013 in Uncategorized

 

This is..

…really touched my heart. As a mother. Touched our hearts as his parents.

image

Ihsan, my boy. Ummi do understand you, love.

 
Leave a comment

Posted by on March 11, 2013 in Uncategorized

 

Dah balik semula ke rumah kl selepas habis berpantang 40 hari.

Kerisauan memikir bagaimana hendak mengatur jadual sehari-hari perlu diletak tepi. Risau perlu ada, tapi keyakinan mesti mengatasi.

Akhirnya, insyaAllah, WidadNdk akan masuk kesekolah yang sama dengan abang. Gugur rambut ayah nak membayar yuran sekolah yang jadi 2x ganda, tapi, selain hanya itu pilihan yang ada, itulah bentuk ‘investment’ untuk anak-anak.

Kedua mhi dan widndk akan naik bas untuk kesekolah. Bayaran yang dikenakan, rm40/kepala. Jauh lebih berpatutan berbanding servis van pengantar yang meminta rm150/kepala untuk jarak yang hanya beberapa langkah ke sekolah.

Setakat 2 hari ini semuanya berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

image

Sebelum bertolak balik dari kampung.

image

Adik tidur nyenyak. Syukur...

image

Sobb..sobbn...

Bab tugasan memasak dan makan (paling penting agar tiada siapa yang akan mogok lapar. :-) ) setakat ini, hanya yang mudah disediakan.

image

Phad Thai, sarapan hingga lunch pd hari pertama dirumah.

image

Fish n Chip, dinner.

image

Nasi ayam style hadramawt menggunakan rempah nasi mandy, lunch siang tadi.

image

Pizza dengan topping ayam leftover + sosej untuk dinner.

Rutin mengaji muqaddam anak-anak masih diteruskan. Syukur, anak-anak menunjukkan minat dan kesungguhan. Petang, sekitar jam 430 mereka akan mandi dan bersiap untuk kelas muqaddam dirumah. Mudah-mudahan istiqamah.

image

Berikut ini adalah hal yang tidak mahu dilihat…
Harap-harap semuanya akan dapat ditangani, dengan kesabaran. Ameen.

image

image

 
Leave a comment

Posted by on February 26, 2013 in family, home

 

Tags: , , , ,

AngryBird Ihsan

image

'Angry Bird Ihsan'

Ahehehehe While waiting for the new version of Ihsan’s favourite game to be downloaded, I decided to uninstall the old version. In between, he was impatiently waiting and decided to help himself looking for his favourite game from the Google Play. He typed, ‘Angry Bird Ihsan’. :-) Well, i’m proud enough that he spell those words correctly ! *clap* *clap* *clap*

 
Leave a comment

Posted by on February 12, 2013 in Uncategorized

 

Wardah, 20 days old.

Sepatutnya nurse kelinik kerajaan datang untuk catat berat badan dan periksa kondisi jaundis Wardah, tapi mungkin dia terlupa. Sampai petang tak sampai jugak orangnya.

Inilah Wardah pada usia 20 hari.

image

Wardah, 20 days old.

image

Kak Widya, 2 tahun 2 bulan 6 hari.

image

Cek gigi adik?

image

Ihsan hilang gigi pertamanya.

image

….dan ummi sebaliknya, masih belum hilang ke’sembap’an pada wajah. :-)

 
Leave a comment

Posted by on January 21, 2013 in Uncategorized

 
 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.